I Am Independent

I Am Independent merupakan album hit terbaik pertama oleh penyanyi Indonesia daripada Rinni Wulandari. Mengandungi lagu-lagu pilihan Rinni dari album Independent Part 1 dan Independent Part 2 diiringi 2 buah lagu yang merupakan versi baru. Dikeluarkan pada 11 Ogos 2017 dalam format muat turun digital dan penstriman pada pelbagai platform muzik. Kemudian pada September 2017 juga dikeluarkan format CD yang hanya dijual di outlet Texas Chicken Indonesia. Pada keluaran fizikal ini barisan trek berubah. Selain itu, lagu "Don't You Dare", "Secret Love" serta "All of My Heart" dihilangkan. Sebaliknya, lagu hit "Tetap Bahagia" telah ditambah. Diikuti dengan 2 lagu cover hasil kolaborasi Rinni Wulandari dan Jevin Julian dalam format kumpulan muzik tarian/elektronik, Soundwave.